SAMBUTAN HARI GURU 2012
DEMONTRASI MENCEGAH KEBAKARAN
PROGRAM SEKOLAH ANGKAT SK ULU MELAKA - MRSM LANGKAWI











Program ini berlangsung pada 12 April 2012 bertempat di Dewan Saujana SKUM. Program dihadiri oleh ibubapa, guru MRSM dan SKUM serta murid tahun 5 dan 6 bermula jam 8.30 pagi. Program dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan nasyid. Guru Besar SKUM, Tn Hj Azmi Din memulakan ucapan aluan , diikuti oleh ucapan Pengetua MRSM Langkawi, Tn Hj Shabani Ahmad. ADUN Ayer Hangat, YB Mohamad Rawi Abd Hamid juga menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program ini . Yang Berhormat juga memotong riben permaufakatan dan menyaksikan perjanjian persefahaman (MOU) antara kedua-dua buah sekolah.Objektif utama program ini adalah satu perkongsian pintar dan alternatif pihak SKUM dalam usaha meningkatkan mutu pencapaian akademik dan UPSR nanti. Acara berakhir jam 10.45 pagi .
BOLASEPAK MSSD LANGKAWI 2012 : SKUM TEMPAT KETIGA .





Tahniah buat pasukan bolasepak SKUM yang telah memenangi tempat ketiga dengan menewaskan pasukan SK Kelibang dengan jaringan 3-1 . Perlawanan yang berlangsung pada 4 April 2012 bertempat di Stadium Langkawi jam 8.30 malam. Tahniah dan terima kasih buat semua pemain, jurulatih,guru-guru, murid, bekas murid,peminat dan semua yang setia menyokong pasukan ini tanpa jemu.Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha demi kecemerlangan SKUM dimasa akan datang .
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER DARI SK ASSAM JAWA, KUALA SELANGOR
Lawatan penanda aras ini yang bertarikh 1 April 2012 memfokuskan kepada aktiviti pusat sumber dan pengurusannya. Ketibaan rombongan seramai 10 guru, 1 wakil PIBG dan 60 pengawas pusat sumber sekolah berkenaan jam 9.00 pagi disambut oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Azmi Din. Rombongan diberi sedikit taklimat tentang prestasi dan kemajuan sekolah.Ahli rombongan dibawa melawat pusat sumber SKUM, persekitaran sekolah serta pengurusan bilik-bilik khas seperti makmal komputer. Rombongan berangkat pulang jam 12.00 tengahari. Semoga lawatan seumpama ini mampu meningkatkan akauntabiliti sekolah khasnya dan melonjakkan nama SKUM amnya.
PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH DAERAH LANGKAWI : SK ULU MELAKA JUARA !








Pesta Pantun Daerah Langkawi 2012 telah diadakan dengan jayanya di SK Ulu Melaka. Acara yang bermula jam 12.30 tengahari ini disertai oleh 8 buah sekolah rendah daerah ini . Sekolah tersebut ialah SK Ulu Melaka , SK Seri Negeri, SK Temonyong, SK Padang Matsirat, SK Kelibang, SK Seri Lagenda, SK Langkawi dan SK Sungai Menghulu. Pada pertandingan akhir , pasukan SK Ulu Melaka telah menewaskan pasukan SK Temonyong dengan adik Afiq Ramzar dari SK Ulu Melaka dipilih sebagai pemantun terbaik. Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Ulu Melaka , Tn Hj Azmi Din .

